MADRASAH DAR ATTAQWA Pekan Batu Enam, 21200 Kuala Terengganu,Terengganu Darul Iman.Tel: 09 6660159

Rabu, 12 Oktober 2011

PENGAMBILAN PELAJAR BARU,2014

MADRASAH  DAR  ATTAQWA,PEKAN BATU ENAM,KUALA TERENGGANU MEMPELAWA TUAN / PUAN YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN UNTUK MENGHANTAR ANAK TUAN / PUAN BERLAJAR  DI MADRASAH KAMI BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2014  DALAM ALIRAN BERSEPADU ATAU TAHFIZ / KADEMIK.

INSYA ALLAH PENDAFTARAN BAGI PELAJAR - PELAJAR TAHUN SATU AKAN DIADAKAN PADA HARI SABTU, 28 DISEMBER,2013. MANAKALA PENDAFTARAN PELAJAR BARU BUKAN TAHUN SATU DIBUKA PADA HARI RABU 1 JANUARI,2014.

TEMUDUGA BAGI PELAJAR TAHFIZ AKAN DIBUAT PADA 15 DAN 16 DISEMBER, 2013 ( AHAD DAN ISNIN ) BERMULA JAM 9.00 PAGI HINGGA 2.00 PETANG.


Senin, 03 Oktober 2011

SKIM SAHAM AKHIRAT ( SSA )

Berdasarkan maksud sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim,iaitu;
" Apabila mati anak Adam,terputuslah amalannya kecuali tiga perkara,sedekah jariah,ilmu yang bermanfaat atau anak yang soleh yang mendoakan kepadanya ".


1- Skim Sedekah Jariah ( sedekah yang mengalir / sampai pahala hingga ke alam barzakh ).


i ) Alhamdulillah, di MDT, kami sedang menyiapkan satu blok bangunan tiga tingkat untuk aliran Tahfiz. Pembinaannya telah melepasi fasa 1 dan  2 dan telah menelan belanja sebanyak RM 170 000. Bagi fasa - fasa 3,4 dan 5 hingga siap,kosnya adalah kira - kira RM 330 000 lagi. Kami sangat  mengalu-alukan penyertaan saudara / saudari bagi melabur di dalam skim akhirat ini dengan menyalurkan sumbangan di dalam bentuk kewangan ke akaun pembangunan seperti yang tertera.


ii ) MDT juga ada menyediakan tanah wakaf  yang berharga RM 20 sekaki persegi bagi membantu pembangunan dan pengurusan.Kepada yang berminat, sila hubungi talian yang tertera.


2 - Skim ilmu yang bermanfaat.


 Saudara / saudari adalah dipelawa untuk menyumbang bagi membantu proses penyampaian ilmu bermanfaat ini melalui akaun Pengurusan.Disamping digunakan untuk bayaran bil - bil,perbelanjaan utamanya adalah untuk membiayai elaun para guru dan pekerja.Elaun guru - guru di sini masih ditahap yang begitu tidak munasabah dengan kos sara hidup sekarang.Ramai dikalangan mereka yang berkelulusan menara gading telah berkhidmat di sini melebihi 20 tahun masih mendapat elaun kurang dari RM 500 sebulan.Alhamdulillah,di atas istiqomah merekalah, MDT masih utuh sehingga sekarang.


3 - Skim Anak Soleh


MDT juga menyediakan pelaburan dalam usaha melahirkan anak - anak soleh / solehah yang Insya Allah akan menjadi " Penyejuk Mata " kepada tuan / puan melalui Sistem Tarbiyah Bersepadu yang berteraskan Pendidikan Rabbani.Moga -moga anak - anak inilah yang mendoakan kepada kita selepas pemergian kita ke Alam Barzakh nanti serta mampu melayari kehidupan mereka dengan agama. Insya Allah.Sumbangan ikhlas saudara / saudari boleh disalurkan ke akaun Pengurusan.





Minggu, 18 September 2011

PROGRAM PENDIDIKAN.

SISTEM PENDIDIKAN DI MDT ADALAH SISTEM PENDIDIKAN BERSEPADU DIANTARA MADAH ARAB DENGAN MADAH UMUM.NAMUN PENDIDIKAN AKHLAQ ADALAH TERAS DAN MERENTASI SEMUA MADDAH / SUBJEK SERTA SANGAT - SANGAT DIBERI PERHATIAN.

MADAH ARAB TERDIRI DARI; AL QURAN, TAJWID, TAFSIR,HADITH,BAHASA ARAB,FIKAH,TAUHID,SIRAH DAN AKHLAQ.MANAKALA MADAH UMUMNYA PULA ADALAH BAHASA MELAYU,BAHASA INGGERIS,SIANS,MATEMATIK DAN JAWI.

TEMPOH PEMBELAJARAN DI SINI MEMAKAN MASA ANTARA 5 HINGGA 7 TAHUN.
TEMPOH 5 TAHUN ADALAH BAGI MEREKA YANG HANYA MENGAMBIL UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH ISLAM ( UPSRI ) SAHAJA.

TEMPOH 6  TAHUN PULA ADALAH BAGI MEREKA YANG INGIN MENGAMBIL UPSRI DAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA,UPSR.

MANAKALA TEMPOH  7 TAHUN PULA ADALAH BAGI MEREKA YANG MENGAMBIL ALIRAN TAHFIZ ( BERMULA TAHUN 3 HINGGA TINGKATAN 3 ).MEREKA AKAN MENGAMBIL UPSRI,UPSR,SIJIL HUFFAZ MUDA DAN PMR. ALIRAN INI HANYA DIBUKA KEPADA KANAK - KANAK LELAKI SAHAJA DENGAN BILANGAN TERHAD DAN BERASRAMA.  











Jumat, 16 September 2011

PROGRAM SOKONGAN

DEMI MELAHIRKAN PELAJAR YANG SEIMBANG DUNIA DAN AKHIRAT,SUDAH TENTULAH AKTIVITI SOKONGAN YANG MANTAP DAN TERSUSUN PERLU DIWUJUDKAN DENGAN PENUH ISTIQOMAH.DIANTARANYA...

PROGRAM KEROHANIAN DAN KEPIMPINAN;

SETIAP PELAJAR DIMESTIKAN SOLAT ZOHOR BERJAMAAH DI SEKOLAH.MANAKALA REKOD SOLAT DI RUMAH DICATAT DAN DIPANTAU OLEH BAHAGIAN TARBIYAH SEKOLAH.

SETIAP PELAJAR JUGA DIMESTIKAN MENYERTAI KEM ANAK SOLEH / SOLEHAH BERMULA TAHUN 4.TINDAKAN TEGAS AKAN DIKENAKAN KEPADA MEREKA YANG SENGAJA TIDAK MENYERTAI DIRI DALAM PROGRAM KEM TERSEBUT.

MANAKALA BAGI KETUA DAN PENOLONG KELAS SERTA PARA PENGAWAS MEREKA DIKEHEDAKI JUGA MENYERTAI TAMRIN TAHUNAN KEPIMPINAN SAMA ADA ANJURAN SEKOLAH MAHUPUN BADAN - BADAN LAIN.

TERBARU MDT TELAH MENGADAKAN PROGRAM MENTOR - MENTEE YANG MELIBATKAN SEMUA GURU DAN PELAJAR.PROGRAM DIADAKAN BAGI MENGATASI MASALAH PELAJARAN DAN DISIPLIN PARA PELAJAR.

LATAR BELAKANG.

Madrasah Dar Attaqwa (MDT ),Pekan Batu Enam, Kuala Terengganu mula ditubuhkan pada Disember 1987.Ditubuhkan di atas kehendak masyarakat setempat yang pada waktu itu sangat - sangat dahagakan pendidikan yang berteraskan Rabbani untuk mengisi lompang - lompang pendidikan arus perdana yang lebih mengejar merit maddiyyah berbanding merit Diniyyah.Fenomena ini menyebabkan kebanjiran generasi yang semakin jauh dengan agama.Kelahiran madrasah ini diharapkan agar benar - benar dapat melahirkan suatu generasi yang seimbang kemajuannya di bidang ukhrawi dan duniawi secara praktikal serta diharap akan menjadi ejen perubah kepada masyarakat ke arah lebih memahami dan menghayati Islam yang syumul.Insya Allah.

Dibina hasil gembelingan ulama',professional,para dermawan dan semua lapisan masyarakat yang sedar akan tanggungjawab pendidikan sebenar, bergembeling menyumbangkan apa saje kemampuan dan kepunyaan mereka demi sebuah madrasah / sekolah yang akan mencorakkan zuriat mereka dengan corakkan Rabbani.Mereka tidak mengenal erti mengalah,malah semakin cekal dan sabar dengan segala kepayahan dan kejerihan.Kepada Allah jualah diadukan segala hajat,halangan dan rintangan.Ulama' pula tidak henti - henti meniupkan semangat jihad dan infaq.Hasilnya terbinalah Madrasah Dar Attaqwa secara beransur - ansur selama 5 tahun.

Untuk mengenali MDT ini, hayati lagunya... 

Gagah,megah,kukuh berdiri
Hasil jerih jamaah sendiri
Lahirmu bak wira dinanti
Penghambat kelam,Penyelamat insani

Al Quran dijunjung, Assunnah diakur
Ilmu didokong, akhlaq dilentur
Harapan menggunung,usaha diatur
Badai menggulung, jaya dihancur

Ilmu,Iman juga Taqwa
Motto keramat zaman berzaman
Seiring - sejalan semua warga
Ikhlas mendidik penuh keazaman

Daruttaqwa, Daruttaqwa
Daruttaqwa, Daruttaqwa
Daruttaqwa, Daruttaqwa
Daruttaqwa, Daruttaqwa

Ilmu - iman - taqwa, jadikan amalan
Pusaka azimat Rasul Junjungan
Mengasuh zuriat lahirkan pejuang
Merubah masyarakat menjulang Islam

Ikrar kami banin wal banat
Menimba ilmu, berbudi mulia
Allah diagung,Rasul ditaat
Moga hidup Allah redha

Tarbiyah Islam Tanggungjawab Ummah
Benteng padu,Pendokong setia
ikhlas menyumbang, jiwa diserah
Daruttaqwa terus berjaya ( 3x ).

Allahuakbar ( 3x ).

Senikata oleh: Ustaz Hazha bin Rajab
Lirik oleh: Ustazah Nur Azmah bt Muda