MADRASAH DAR ATTAQWA Pekan Batu Enam, 21200 Kuala Terengganu,Terengganu Darul Iman.Tel: 09 6660159

Rabu, 12 Oktober 2011

PENGAMBILAN PELAJAR BARU,2014

MADRASAH  DAR  ATTAQWA,PEKAN BATU ENAM,KUALA TERENGGANU MEMPELAWA TUAN / PUAN YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN UNTUK MENGHANTAR ANAK TUAN / PUAN BERLAJAR  DI MADRASAH KAMI BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2014  DALAM ALIRAN BERSEPADU ATAU TAHFIZ / KADEMIK.

INSYA ALLAH PENDAFTARAN BAGI PELAJAR - PELAJAR TAHUN SATU AKAN DIADAKAN PADA HARI SABTU, 28 DISEMBER,2013. MANAKALA PENDAFTARAN PELAJAR BARU BUKAN TAHUN SATU DIBUKA PADA HARI RABU 1 JANUARI,2014.

TEMUDUGA BAGI PELAJAR TAHFIZ AKAN DIBUAT PADA 15 DAN 16 DISEMBER, 2013 ( AHAD DAN ISNIN ) BERMULA JAM 9.00 PAGI HINGGA 2.00 PETANG.


Senin, 03 Oktober 2011

SKIM SAHAM AKHIRAT ( SSA )

Berdasarkan maksud sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim,iaitu;
" Apabila mati anak Adam,terputuslah amalannya kecuali tiga perkara,sedekah jariah,ilmu yang bermanfaat atau anak yang soleh yang mendoakan kepadanya ".


1- Skim Sedekah Jariah ( sedekah yang mengalir / sampai pahala hingga ke alam barzakh ).


i ) Alhamdulillah, di MDT, kami sedang menyiapkan satu blok bangunan tiga tingkat untuk aliran Tahfiz. Pembinaannya telah melepasi fasa 1 dan  2 dan telah menelan belanja sebanyak RM 170 000. Bagi fasa - fasa 3,4 dan 5 hingga siap,kosnya adalah kira - kira RM 330 000 lagi. Kami sangat  mengalu-alukan penyertaan saudara / saudari bagi melabur di dalam skim akhirat ini dengan menyalurkan sumbangan di dalam bentuk kewangan ke akaun pembangunan seperti yang tertera.


ii ) MDT juga ada menyediakan tanah wakaf  yang berharga RM 20 sekaki persegi bagi membantu pembangunan dan pengurusan.Kepada yang berminat, sila hubungi talian yang tertera.


2 - Skim ilmu yang bermanfaat.


 Saudara / saudari adalah dipelawa untuk menyumbang bagi membantu proses penyampaian ilmu bermanfaat ini melalui akaun Pengurusan.Disamping digunakan untuk bayaran bil - bil,perbelanjaan utamanya adalah untuk membiayai elaun para guru dan pekerja.Elaun guru - guru di sini masih ditahap yang begitu tidak munasabah dengan kos sara hidup sekarang.Ramai dikalangan mereka yang berkelulusan menara gading telah berkhidmat di sini melebihi 20 tahun masih mendapat elaun kurang dari RM 500 sebulan.Alhamdulillah,di atas istiqomah merekalah, MDT masih utuh sehingga sekarang.


3 - Skim Anak Soleh


MDT juga menyediakan pelaburan dalam usaha melahirkan anak - anak soleh / solehah yang Insya Allah akan menjadi " Penyejuk Mata " kepada tuan / puan melalui Sistem Tarbiyah Bersepadu yang berteraskan Pendidikan Rabbani.Moga -moga anak - anak inilah yang mendoakan kepada kita selepas pemergian kita ke Alam Barzakh nanti serta mampu melayari kehidupan mereka dengan agama. Insya Allah.Sumbangan ikhlas saudara / saudari boleh disalurkan ke akaun Pengurusan.